Thursday, June 14, 2012

INFO: Masalah Kelemumur

ramai beranggapan bahawa kelemumur mempunyai kaitan dengan masalah kebersihan dan kekerapan membasuh rambut. sebenarnya ini tidak benar. kelemumur tetap akan berlaku walaupun bersyampu atau sebaliknya. kelemumur sebenarnya sebahagian daripada proses normal pertumbuhan sel kulit kepala baru. ia selalunya dikaitkan dengan proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya.

punca sebenar kelemumur terjadi tidak diketahui. secara umumnya i dikaitkan dengan kewujudan kulat dikenali sebagai 'pityrosporum ovale'. kulat itu menyebabkan seseorang mengalami kelemumur. kulat ini tinggal pada kulit kepala. bagi mereka yang sihat, ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah. adakalanya apabila jumlahnya terlalu banyak ia menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur.

golongan berisiko alami kelemumur
~ ia bermula pada peringkat usia dewasa dan berterusan sehingga pertengahan usia. namun ada juga mereka ynag berhadapan dengan kelemumur sepanjang hayat.

~ lelaki lebih kerap berhadapan dengan kelemumur. dipercayai hormon lelaki memainkan peranan utama dalam hal ini. lelaki juga mempunyai kelenjar panghasilan minyak pada kulit kepala yang lebih besar berbanding wanita. jesteru itu, ia menyumbang kepada berlakunya masalah kelemumur.

~ rambut dan kulit kepala yang berminyak

~ diet pamakanan yang kurang zink, vitamin b dan sesetengah jenis lemak.

~ masalah penyakit berkaitan neurologi.

punca
~ kulit kering-punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.

~ kulit gatal dan berminyak menyebabkan kulit bertnada kemerahan dan berminyak.

~ kurang bersyampu

~ masalah kulit seperti psoriasis

~ ekzema pada kulit kepala

~ sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut.

~ perubahan hormon

~ tekanan

~ masalah neurologi

secara umumnya, kelemumur boleh ditangani dengan syampu berubat dan kekerapan bersyampu. namun, jika syampu tidak banyak membantu, anda mungkin perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kulit. 

p/s: kite mengalami kelemumur kalau lmbt basuh rambut. bile cuci jer terus ok.
pis2 kacang pis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...