Thursday, November 1, 2012

Gaji naik tahun depan

wiiwiiittt..
bak kate kawan kite..
"5 percent.. 5 percent..."
jom baca sukabar hari ni..
muka depan lagi you..

1.4 juta kakitangan awam dijangka terima kenaikan sehingga 5 peratusAyer Keroh: Kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.


Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini akan turut diambil kira.

Nilai semula

“Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam negeri ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.
Pada majlis itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah merangkul Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT).

Kejayaan itu sekali gus melayakkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

CUEPACS sambut baik

Mengulas lanjut, Ali berkata, antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.

“Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin menetapkan tempoh lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik.

“Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikkannya juga akan diteruskan lagi,” katanya.

Ali berkata, kerajaan berharap akan dapat mewujudkan formula skim gaji menang-menang bagi setiap kakitangan khususnya penjawat pelaksana yang meliputi 80 peratus daripada keseluruhan sektor itu.

“Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua kerana memahami kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, ketika dihubungi berkata, pengumuman itu sudah pasti melegakan hati penjawat awam di negara ini.

“Kami menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka,” katanya.


info dari Berita Harian 1 Nov 2012

pis2 kacang pis

2 comments:

  1. Salam Sejahtera Normala,

    Alhamdulillah..rezeki tahun baru dan tahun2 akan datang seterusnya..
    Seharusnya pandai2lah berbelanja dengan keadaan yang serbi mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur.. org dah nak bagi.. saya terima seadanya.. rezeki tu.. bukan senang nak dpt.. tq auntie..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...