Wednesday, August 1, 2012

ALMOND BISCOTTI



 

sekarang tgh 'in' kan biskut ni..
mana2 ada jer org jual..
oleh kerana terasa macam nak buat..
kite cari resepi dulu..
pastu post kat blog..
sbb nanti senang dah x yah nak susah2 cari..
dan boleh juga berkongsi dgn kwn2 lain..
jom tgk apa bahan2 dan cara2 buat dia..
biskut ni mmg sedap..
kalau makan rasa macam x puas jer..
yelah kan dia nipis jer..
pastu banyak lak tu badam..

ALMOND BISCOTTI


Bahan-bahan:
4biji putih telur
100 gm gula kaster
150 gm Tepung Halus Lagi Putih Blue Key
150 gm badam biji
1 sudu teh perisa badam Star Brand

Cara memasak:
1. Pukul putih telur sehingga separuh keras dan masukkan gula kaster.
2. Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan keras.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Masukkan pula badam biji dan gaul sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan 9x9x4 dan bakar selama 30 minit.
6. Setelah sejuk masukkan ke dalam peti ais selama 1 malam.
7. Kemudian potong nipis-nipis dan bakar lagi selama 15 minit.

note: resepi dapat dari RASA. Klik sini  untuk tgk banyak lagi resepi yg best. tq2 ..yeay.. suka.. nanti nak try buat.

updated: sbb ada org tanya bakar pada suhu berapa.. jawapannya ialah.. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150C selama 25-30 minit atau sehingga adunan berwarna perang muda

2 comments:

  1. kak suhu bakar brapa?
    170°@180°@????

    ReplyDelete
  2. izza.. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150C selama 25 minit atau sehingga adunan berwarna perang muda.... membantu tak info nie..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...