Monday, June 25, 2012

Panduan Membeli Belah


sapa suka shopping..kite..
kalau duit banyaklah.. kalau nan ado..
shopping gak.. window shopping... hahaha.
pssst!! hari ni gajikan.. hahaha..
kalau shopping kan.. korang cam ner?
blasah jer ke semua..
ambil tu ambil ni masuk terus troli atau beli ikut senarai..

kite kalau nak beli barang2 dapur biasanya tgk senarai..
tp kalau bendaalah lain biasanya ambil ikut suka..
hahaha... kalau boss besar poket tebal je...
ngendeng2 mintak itu ini..
kadang2 guna duit sendiri jer..
lagi senang sbb dia x bantah..
bukan duit dia kan...
takkan nak bising lak..kah
tapi kalau dia yang nak beli itu ini kite memang bangkang..
kalau x ditegah karang..
tgh bulan makan pasir.. x pun rumput2 kat bawah la gamaknya..

ok. kat sini kite ada sikit panduan kalau nak membeli belah..

1. Tentukan keutamaan dalam pelan perbelanjaan korang
2. Beli barangan tahan lama, buat penelitian mengenai harga, kualiti dan kegunaan
3. Beli barangan yang mempunyai tanda harga
4. Jangan terkeliru dengan pembungkusan atau katalog barangan yang cantik atau baik. tidak bermakna barangan diiklankannya mesti baik
5. Baca dengan teliti tanda harga maklumat pada label mengenai kadungan, penggunaan, tarikh luput, bahaya serta langkah keselamatan dan jaminan
6. Berhati-hati dengan berat atau isipadu sebenar
7. Pilih barangan dari kedai yang harganya berpatutan
8. Beli secara tunai, sekiranya mampu
9. Buat aduan kepada pekedai jika korang menghadapi masalah mengenai barangan yang dibeli dan adukan juga kepada persatuan pengguna atau pihak berkuasa kerajaan dengan mengemukakan keterangan yang sahih.
jangan belum smpi hari gaji dah tepuk dahi. makan maggi la jawabnya.

Peringatan:
Barangan yang baik..
~ Tidak semestinya mahal
~ Tidak semestinya barangan import
~ Tidak semestinya cantik pembungkusannya
~ Tidak semestinya jenama terkenal
~ Tidak semestinya kerap diiklankan
~ Tidak sukar dibeli jika anda bertindak sebagai pembeli yang bijak

oleh itu kuasa membeli adalah ditangan korang. ceh..ceh..ceh.. macam iklan lak..hahaha..
pis2 kacang pis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...