Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Senarai Penuh Menteri Kabinet Baru 2013



SENARAI PENUH MENTERI KABINET BARU 2013

PERDANA MENTERI - Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI - Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI-MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:
1. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
2. Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
3. Datuk Seri Idris Jala (Senator)
4. Tan Sri Joseph Kurup
5. Datuk Seri Shahidan Kassim
6. Nancy Shukri
7. Joseph Entulu Anak Belaun
8. Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. P. Waytha Moorthy (Senator)

MENTERI KEWANGAN:
1. Datuk Seri Najib Tun Razak
2. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

TIMBALAN MENTERI KEWANGAN - Datuk Ahmad Maslan

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin
2. Datuk Seri Idris Jusoh

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
1. Datuk Mary Yap Kain Ching
2. P. Kamalanathan

MENTERI PERTAHANAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN - Datuk Abdul Rahim Bakri

MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (memangku)
TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Ab. Aziz Kaprawi

MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

MENTERI KERJA RAYA - Datuk Fadillah Yusof
TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA - Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Datuk Seri Mustapa Mohamed
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Hamim Samuri

MENTERI LUAR - Datuk Seri Anifah Aman
TIMBALAN MENTERI LUAR - Datuk Hamzah Zainuddin

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Hasan Malek
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Senator)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA - Datuk Jailani Johari

MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Richard Riot Anak Jaem
TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Ismail Abd. Muttalib

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Seri Shafie Apdal
TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Alexander Nanta Linggi

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Abdul Rahman Dahlan
TIMBALAN MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Halimah Mohd Saddique

MENTERI BELIA DAN SUKAN - Khairy Jamaluddin Abu Bakar
TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN - Datuk M. Saravanan

MENTERI KESIHATAN - Datuk Seri Dr. S.Subramaniam
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN - Datuk Seri Hilmi Yahaya

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Dr. J.Loga Bala Mohan (Senator)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Seri Douglas Uggah Embas
TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Noriah Kasnon

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
TIMBALAN MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Seri Mahdzir Khalid

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Joseph Salang Anak Gandum

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Ewon Ebin
TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Abu Bakar Mohd. Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Seri G.Palanivel
TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Dr. James Dawos Mamit

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Rohani Abdul Karim
TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Azizah Mohd. Dun

-Sumber Utusan Online-

ok..dah lengkaplah kabinet baru..
semuanya dah terungkap..
semoga semua menteri..
menjalankan tugas masing2 dgn jayanya..
bab2 kementerian ni penting untuk kite..
dulu x peduli sgt  sape menteri..
sape timbalan menteri..
tp sejak kerja kat 1MOCC..
semua tu penting..
bersangkut paut dgn kehidupan seharian..
hahahaha...

pis2 kacang pis

Friday, April 19, 2013

Rahsia Surah Al-Kautsar



BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biakan didalan ini anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia)
, dia akan tetao memperoleh pahala.
"

Friday, April 5, 2013

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITAN


SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITAN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah
diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.


sumber dari : fb

pis2 kacang pis

Thursday, March 7, 2013

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….


Moral of the story: Hargai apa yang kita ada. Jangan nanti apabila ditarik balik, menyesal semumur hidup.

Info dari : Facebook member

cerita diatas betul2 membuatkan hati kita sayu. kekadang kita x sedar.. apa yang kita miliki x akan manjadi milik kita selamanya... so hargai sementara masih bersama kita.

Pis2 kacang pis

Wednesday, November 14, 2012

Kenapa Ada Tumbuh Jerawat di Anggota Badan?


DAHI - Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin ter...
lampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.

DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
 
sumber info: pesbok  kesahihan: x pasti
 
pis2 kacang pis

Tuesday, November 6, 2012

Nak buang tebiat

start hari ni nak buat something..
hahahaha...
cam tajuk..
nak buat benda yg buang tebiat..
saje je..
sbb kekadang tak tau nak cite ape..
so.. tu yg nak buat benda ni..
boleh gak nak tgk mcmana diri nikan..
hahaha.
nak buang tebiat ape..
ok bagi hint..
tajuk die..
"satu hari satu wajah"
so pk2 sendiri jelah yer..
jap lg kite up entry buang tebiat..
korang jgn muntah ijo lak.. kah3..

pis2 kacang pis

Wednesday, October 10, 2012

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab dan Haram Bersalam


kite pun selalu musyikil..
dgn adanya info ni..
mungkin akan membantu..

pis2 kacang pis

Tuesday, October 2, 2012

Lihat gambar comel tingkat mutu kerja

hari ni baca paper berita harian..
ternampak artikel ni..

Tokyo: Kajian terbaru menunjukkan bahawa melihat gambar anak haiwan comel bukan sekadar menyenangkan anda tetapi sebenarnya dapat meningkatkan prestasi kerja serta membantu anda memberi lebih tumpuan terhadap tugas.

Kajian daripada sekumpulan penyelidik di Universiti Hiroshima disifatkan sesuai diberi tajuk sebagai Power of Kawaii (Kuasa Comel) berdasarkan perkataan Jepun kawaii yang bermaksud comel.
Melalui tiga eksperimen berasingan, sepasukan ahli sains mendapati bahawa orang ramai menunjukkan tahap penumpuan yang lebih tinggi selepas ditunjukkan dengan gambar anak anjing atau anak kucing.

Kira-kira 132 pelajar universiti dibahagikan kepada tiga kumpulan, lapor Wall Street Journal. Setiap kumpulan diberikan dengan tugas yang berbeza.

Dua kumpulan pertama menunjukkan keputusan yang paling menarik. Kumpulan pertama adalah versi permainan operasi di mana peserta diminta secara berhati-hati mengambil objek kecil dari sebuah lubang tanpa terkena bahagian tepinya.

Tetapi ia juga menentukan sama ada kuasa comel boleh melangkaui tugas berkaitan penjagaan yang tidak berkaitan bagi membantu yang lain.
Agensi

so lepas ni kalau sape2 rasa2 depress..
tgk gmbr comel2..
cam nie ker..

alololo.. comei nyer die.. cute kan..
 cam yang ni ker...


tp tgk adik2 comel pun ok gak.. kan?
cam ni..



ok.. dah..
jom sambung kerja..

pis2 kacang pis

Friday, August 17, 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG BAGI PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 DI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

INFO DARI KSM



Di maklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang melaksanakan pengisian tujuh (7) kekosongan jawatan Pembantu Am Pejabat Gred N1 di KSM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang berminat, sila layari laman web www.mohr.gov.my untuk mendapatkan butiran lanjut serta borang permohonan.

Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 7 September 2012.



Sekian, terima kasih.

pis2 kacang pis

Wednesday, August 1, 2012

Rahsia Orang Cina Kaya Raya



note: thanks to uncle Bob for the info. tq uncle

pis2 kacang pis

Tuesday, July 17, 2012

Baka atau Saka?

Aiswarya Rai Tembam

Simptom Jemah : 
selalu murung, selalu keluar rumah waktu senja, pendiam, pemalu, kurus kering cam lidi walaupun mentedarah bagai x mahu, jerawat banyak di muka, pantang ditegur, cepat marah2

Orang berfikiran x rasional :
haaahh.. ni mesti mesti ada bela ni..
tak pun SAKA ni..
udah ler suka keluar senja...
kuat makan tapi tetap kurus jer..
(lebih2 lg lak lebih maintain dari dia yang makan ubat kurus selori).. kahhh
kalau aku x nak lah kawan dengan jemah ni..
tak pasal2 karang benda yang dia bela pergi kat aku lak..
kena hantar jumpa bomoh ni..
biar bomoh fire sikit benda yg dia bela tu..

Orang berfikiran rasional :
jemah kenapa kau nampak tak sihat jer..
ko stress yer?..(dan2 keluar stress.. mentang2 dah pergi kursus stress.. kah3)
kalau ada apa2 boleh aku tolong kau bagitahu aku..
aku x de hal punya..
anytime aku boleh tolong kau...

Hakikat nya.. tahukah korang bahawa simptom tu adalah disebabkan oleh jemah yang mengalami kekurangan hormon adrenal. kelenjar yang terdapat pada buah pinggang gagal merembeskan hormon adrenal tersebut. kekurangan hormon adrenal juga membuatkan seseorang itu mengalami kemurungan dan kurus kering. kekurangan hormon ini akan membuatkan jemah mengalami keletihan yang teruk pada waktu tengahari atau petang. apabila senja hormon ini akan keluar semula. sebab itulah jemah akan berasa bersemangat dan akan keluar rumah pada waktu senja kerana hormon ini juga dinamakan hormon sosial yang membantu kite berinteraksi dengan orang lain dalam suasana tenang dan gembira. jemah juga mempunyai kalenjar adrenal bersaiz kecik. yg membuatkan hormon adrenal kurang aktif. dengan kata lain dah memang genetik dia camtu.. nak buat camner kan..

Penyelesaian masalah Jemah.. pulihkan hormon Jemah... bagi makan ubat yang boleh meningkatkan hormon adrenal Jemah..hanya semudah itu sahaja. daaaa.. simple.. x yah bomoh2 sakan..

ulasan kite
nilah orang melayu..
sikit2 saka.. sikit2 saka..puii
ye memang kita x nafikan semua makhluk tu wujud..
tapi yelah takkan semua benda kot nak kaitkan dengan benda2 halus..
kita ada tau sedara terdekat yg mmg percaya sgt2 dgn benda2 halus ni..
karang sakit sikit2 je.. mesti dia kaitkan dgn benda halus..
ada benda bertenggek kat bahu dialah..
ada benda cucuk2 kaki dialah..
mesti dia terlanggar anak jin dalam perjalanan la..
dan dia dah pergi jumpa banyak bomoh...
adalah dia bercerita..
bomoh tu cakap dia macam ni..
bomoh ni cakap dia macam tu..
haih.. susahkan?
tapi bg kite biasalah.. manusia..
memang akan sakitkan..
eloklah sakit..
kite ingat Pencipta kite..
dan bukankah sakit itu menghilangkan dosa2 kecil....

p/s: apa kena mengena gmbr dengan entry ni? x de kena mengena.. tapi sebabkan kite jeles dgn aiswarya.. kite saje nak dengki dgn dia.. nak ckp dia tembam.. tembam.. tembam.. tapi still hot.. cantik... gojes..
kite jer tak.. sobs..sobs.. jeles..

pis2 kacang pis

Thursday, July 12, 2012

Sarapan Kurangkan Berat Badan?

korang makan tak sarapan...
bagi kite sarapan adalah wajib..
kadang2 terskip gak..
kalau bizi sgt la pg tu..
tak pun terlupa.. tetiba karang rase pedih jer perut..
oh! terlupa sarapan rupanya.. tggulah makan tghari terus..
roti jala

mihun goreng

karipap pusing

nasi lemak ikan masin. nyum2

#gmbr credited to che mat gebu ngan google. pssst! resepi best2 kat blog che mat gebu tu tau..

gambar2 kat atas ni adalah sarapan yang selalu kite makan waktu pagi..
kat cafe opis kite ni.. makanan oklah..
nak kata sedap pun tak.. nak kata x sedap pun tak.. so so je..
kat opis korang camener?

korang tahu tak yang sarapan tu sebenarnya penting untuk mengurangkan berat badan..
sarapan penting lebih2 lagi untuk korang yang rase masih remaja gitew..
kite dapat tip2 ni dari suratkabar...
jom baca.. kot2 korang tetiba nak ikut ker..

1. sediakan semangkuk salad sebelum masuk tidur. esoknya, boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak
#kalau kite, x dapek ler salad2 ni di pagi hari. kite biasa makan mihun goreng. x pun kuih2 jer.

2. muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah2an. bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dua minggu.
#haa... yang ni ok. kite memang suka bakar muffin. sedap jer bau dia dikala tgh bakar tu kan..

3. semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan yang sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberri.
#wah! yang ni pun sedap gak. memang mudah. tuang bijirin ngan susu. makan. tapi nak bertambah buah bagai dah macam duk hotel jer.. tapi kalau nak cuba ok gak kan..

4. roti bakar menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.
#oh! yang ni kite suka. nyum2

5. jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu tengah hari.
#sandwich sedap jugak.. tapi nak buat kekadang x sempatlah. epal tu pun ok gak

6. telur dadar bercampur sayur2an segar seperti lobak merah, brokoli, daun saleri atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.
#x pernah lak try masak telur campur bendaalah ni. erm... kena try ni.

ok kite dah bagi tip2 nikan.. kalau korang rase nak buat jom..
kite memang nak rasa nak mengecilkan sikit saiz2 yang dah terlebih ni..
so lepas ni jom makan yang cenggini jer..
mudah2an nak kurutermakbol.. amin.
nampak sedap lak muffin beri2 ni.. gulp! telan air liur kite


pis2 kacang pis

Tuesday, July 10, 2012

Tip Berani Kontra


pernah tak korang pakai pakaian yang bewarna kontra..
maksudnya warna2 yang meriah...
baju warna pink..
skirt warna biru pepsi ker..
ala.. yang cerah2 gitew..
warna nak mintak penampar jer kalau kite pakai..kah
kite cuma ada 2 pasang baju jer yg berkaler kontra..
satu baju kurung warna kuning diraja...
satu lagi baju blause warna kuning gak..
eh! kenapa lak semua baju kontra kite warna kuning ek..
tah.. sbb warna dia terang kot.. cam cantik jer..

tapikan.. warna2 kontra ni cantik kalau orang2 yang kurus jer..
bagi pendapat kite lah..
tapi kalau org badan besar..
tapi dia pandai matching kaler dan gaya mesti cantik jugak..
kite jer yang tak reti..

roda warna kontra

contoh baju berkaler kontra

lawakan yg first tu.

yg ni pun lawa gak

tak tahu biru ngan oren boleh matching

hahahaha.. intro bukan main panjang..
tip nyer belum lagi bagi.. kah2
ok.. kat bawah ni lah tip2nya..

tip2 untuk berani pakai pakaian kontra

merah jambu + pastel = chic, bergaya & ringkas

kuning + biru + merah jambu = manis & menggembirakan


merah + merah jambu = berani & ayu


biru + merah + kuning = ranggi & bersahaja


merah + kuning = berani mengambil risiko, bergembira & bijak bergaya


biru + merah = setia & klasik


kuning + biru = ceria tapi klasik


biru + oren = bebas & penyayang


magenta + hijau = tenang & feminin


ungu + kuning + biru = berani, natural & humor


merah jambu + ungu + merah = setia & sofistikated


kuning + hijau = tenang & pendam perasaan


oren + merah jambu = comel, gembira & artistik


kuning + oren = mesra & peramah


bagi kite lah..
selama hidup ni tak pernah lagi pakai baju2 kaler cenggini..
kuning jelah.. tu pun dgn skirt hitam..
tapi bila tgk model2 pakai ni kaler ni kan..
cantik jer.. alah model..
bagi jelah pakai baju mak jenab pergi pasar ker..
mak jemah pergi kebun ker.. mesti cantik kan..kui3..
sape2 nak try bolehlah gunakan tip2 kat atas ni..
pis2 kacang pis


Friday, July 6, 2012

Random

cerita satu


hari semalam last day exam...
payah bebenor rasenya..
setengah jam pertama duk termenung jer..
x tau nak jawab ape...
jawapan ada.. tp x tau nak olah jd jawapan..
yelah.. soalan tentang undang2 umum malaysia..
dah kat buku cuma ada akta2 jer..
nak terjemahkan ker ayat pun x reti dah...
baca akta tu pun berpinar2 biji mata...huhuhu..

bila hubby balik terus ngadu2 kat dia...
"sayang hari ni peksa susah betul..
adalah jugak soalan yang x berjawab"
pastu hubby bagi tip cam ner nak jawab...
"lain kali jangan biar kosong..
jawab jer apa2.. kosong lagi x nampak menarik...
lain kali tulis cam ni.. "
" CIKGU SUKA MAIN BOLA..
HARI2 CIKGU MAIN BOLA "
pastu dia gelak2...
tulis banyak2 kali dia kata....

sape tau tu ayat cerita apa...
yer cerita p. ramlee masam2 manis...
nak tersedak mendengarnya..
dah ler time tu tgh basuh pinggan...
nasib x terlepas pinggan kat tgn...
hish!! main2 lak hubby ni..
sabar jelah...

cerita dua

bendaalah ni x ler penting pon nak post..
tapi saje nak berkongsi..huhuhu..
sila klik gmbr untuk pembesaran
yang kat atas ni statistik pelawat blog kite ni..
cer tgk pelawat kite dari mana...
ada dari negara malaysia ofkos la kan, russia, UK, australia dan yunani..
yunani ni kat mana ek..
first time tahu ada negara yunani..
ada ek negara yunani..
yang tahu cuma ada tamadun yunani jer..
erm.. hai awk yang duk kat yunani...huhuhu.. kecoh

sila klik gmbr untuk pembesaran
alah.. pelawat kite bukanlah ramai sgt pun..
kan kite baru buat blog ni..
tp kite suke jer kalau tgk ramai yang baca blog ni..haha
bgtau kawan2 tau.. kih3
hai semua... hai awk yang kat rusia...
hai awk yang kat amerika..
hai awk yang kat uk, singapore, jepun...
aww.. malu kite.. #pang sedas pls..
ape2 pun terima kasih pada yang sudi membaca blog kite yang x seberapa ni..
love u all... muah2..
pis2 kacang pis

Thursday, June 28, 2012

Burger d Best Ever

hari tu kite ada bagi resepi camner nak buat berger kan..
kalau nak boleh tengok kat sini ..
kite masih belum sempat lagi nak membuatnya..
tapi keinginan nak makan burger dah sampai..
so kite beli jer..
kat putrajaya ni tak de la burger yg best..
tp kat kampung hubby ada...
sejak kite kenal hubby 11 tahun dulu abg ni dah berniaga kat situ..

stall dia simple je.
 tuan punya stall ni namanya Adi..
kedai ni terletak betul2 depan balai polis beranang..
bersebelahan pulak dengan pejabat pos..
pastu dah dekat2 dengan jalan masuk ke kampung jalan enam kaki beranang..
kalau lalu singgahla beli..
kite duk putrajaya kalau teringin sangat sanggup jalan jauh..
hanya nak beli burger je..
sekali beli sampai 5 biji..
siap order oblong.. nyum2
macam2 jenis burger ada..
cer tgk menu..

murah kan?

harga pun murah..
siap ada burger kambing, arnab dan rusa tu..
abang adi ni masak burger sempoi jer..
dia sorang jer buat kerja..
so lame sikit la kalau nak order..
kalau banyak order memang kena tunggu sikit..
tapi berbaloi2 sebab sedap nak mam..

abg adi.

kite suka burger kat sini sebab..
satu, dia x guna kobis..
tp dia guna daun salad..
tu sebab sedap..
pastu dia guna daging ramly..
lastly sebab dia masak daging burger tu x potong tgh..
kite x sker kalau org potong tgh.. sbb nanti daging dia jadi cam keras..

daging tgh dimasak. perasan tak? burger ni dia guna daun salad bukan kobis.
kite beli 5 biji bukan habis pun..
makan sikit.. x habis buat sarapan esoknya..
hahaha.. sanggup memandu sejauh 70km hanya nak makan burger sedap ni tau..
kalau sape2 yang lalu atau singgah beranang..
belilah.. abg adi ni start bukak kedai kul 8 mlm..
isnin hingga jumaat jer..
sabtu ahad tutup..
burger abang ni memang femos kat sini..
bayangkan dia dah berniaga lebih 10 tahun kat situ..
sehari customer dia ramai..
bayangkan dia boleh jual sampai 50-60 biji burger semalam..
tu pun kadang2 lebih lagi..
so beli tau kalau jumpa kedai dia..
x rugi..
pis2 kacang pis


Monday, June 25, 2012

Panduan Membeli Belah


sapa suka shopping..kite..
kalau duit banyaklah.. kalau nan ado..
shopping gak.. window shopping... hahaha.
pssst!! hari ni gajikan.. hahaha..
kalau shopping kan.. korang cam ner?
blasah jer ke semua..
ambil tu ambil ni masuk terus troli atau beli ikut senarai..

kite kalau nak beli barang2 dapur biasanya tgk senarai..
tp kalau bendaalah lain biasanya ambil ikut suka..
hahaha... kalau boss besar poket tebal je...
ngendeng2 mintak itu ini..
kadang2 guna duit sendiri jer..
lagi senang sbb dia x bantah..
bukan duit dia kan...
takkan nak bising lak..kah
tapi kalau dia yang nak beli itu ini kite memang bangkang..
kalau x ditegah karang..
tgh bulan makan pasir.. x pun rumput2 kat bawah la gamaknya..

ok. kat sini kite ada sikit panduan kalau nak membeli belah..

1. Tentukan keutamaan dalam pelan perbelanjaan korang
2. Beli barangan tahan lama, buat penelitian mengenai harga, kualiti dan kegunaan
3. Beli barangan yang mempunyai tanda harga
4. Jangan terkeliru dengan pembungkusan atau katalog barangan yang cantik atau baik. tidak bermakna barangan diiklankannya mesti baik
5. Baca dengan teliti tanda harga maklumat pada label mengenai kadungan, penggunaan, tarikh luput, bahaya serta langkah keselamatan dan jaminan
6. Berhati-hati dengan berat atau isipadu sebenar
7. Pilih barangan dari kedai yang harganya berpatutan
8. Beli secara tunai, sekiranya mampu
9. Buat aduan kepada pekedai jika korang menghadapi masalah mengenai barangan yang dibeli dan adukan juga kepada persatuan pengguna atau pihak berkuasa kerajaan dengan mengemukakan keterangan yang sahih.
jangan belum smpi hari gaji dah tepuk dahi. makan maggi la jawabnya.

Peringatan:
Barangan yang baik..
~ Tidak semestinya mahal
~ Tidak semestinya barangan import
~ Tidak semestinya cantik pembungkusannya
~ Tidak semestinya jenama terkenal
~ Tidak semestinya kerap diiklankan
~ Tidak sukar dibeli jika anda bertindak sebagai pembeli yang bijak

oleh itu kuasa membeli adalah ditangan korang. ceh..ceh..ceh.. macam iklan lak..hahaha..
pis2 kacang pis

Tuesday, June 19, 2012

Nak Beli Rumah Tak? DwiPutra Residence Putrajaya

kite kan duk kat putrajaya..
slalu kalau nak g keje mesti akan lalu bulatan dekat ngan mydin tu..
pasan tak.. sejak dua menjak ni...
dekat simpang nak masuk 15-12h ada nak buat pembangunan..
kat situ nak bina pangsapuri..
DwiPutra Residence..
macam berminat.. tapi gulp!!!
harga dia... omakau!!!! tercirit mendengarnya...
macam rege rumah teres.. baik beli teres terus..
nak tau harga.. jap.. jap.. kite tunjuk pelan lantai dia dulu...
ada dua jenis..
satu yang 950 kaki persegi..

yang satu lagi 1200 kaki persegi..
oklah gak.. not bad..
harga? .. jap.. jap..
kite tunjuk siteplan dia pulak..
woo.. dahsyat tu.. ada kolam  renang..
dah tak yah nak sibuk2 g pullman.. g presit 16 la..
bangun tido leh terus terjun jer dari balkoni.. kah3
harga dia... harga dia...
oh! jap.. jap.. kite tunjuk gmbr rumah contoh lak..





dari gambar memang nampak luas..
uii.. kalau kite dapat sebijik..
pastu renovate dalaman macam rumah contoh ni..
perrghhh!!! duk diam jer dalam rumah x kluar2..
tapi berangan jelah bila org perumahan tu ckp harga..
nak tau harga?

Ehem! Ehem! jeng..jeng..jeng..
yang 950 kaki persegi tu harga dia.. RM 300,000 ++..
yang 1200 kaki persegi tu lak harga dia.. RM 400,000++
amacam. ada berani.. belilah sebijik..
dah duk nanti jangan lupa jemput kite tau..
kite nak bagi hadiah...
mokcik x mampu uolllsss!! sobs..sobs..sobs..

p/s: bukan x mampu.. tapi hubby ckp kalau harga tu baik terus beli rumah atas tanah... mandi dalam bilik air jer.. x yah nak berangan swimming pool.. ceit!!!

pis2 kacang pis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...