Saturday, July 21, 2012

Nasi Tomato Gurindam Rindu

dah lama tak makan nasi tomato..
bila nak makan karang x sedap pulak..
selalunya kalau nak beli kat pasar malam banyak jual..
tp tulah.. tah apa2 rasa.. bayar mahal2..
pastu rasa cam hampeh..
buat rugi duit..
so skrg dah ada resepi ni..
bolehlah kite buat sendiri..
jom.. kalau nak buat ni kite ada bg resepi...


Bahan2nya
2 cawan beras basmathi
2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato sos
1 1/2 sudu makan tomato puri
2 helai daun pandan
garam secukup masa

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 labu bawang besar (hiris)
sedikit mentega

Bahan Kisar
3 sm halia
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

Hiasan (jika suka)
gajus dan hiasan daun bawang

Cara2nya
1. cuci beras dan toskan. panaskan mentega dan tumiskan bahan tumisan, kemudian masukkan bahan kisar, biar sampai naik bau.
2. masukkan air, tomato sos, puri tomato dan susu, biarkan gelegak
3. masukkan beras dan garam. tanak nasi seperti biasa dan bila nasi kering, taburlah gajus jika suka.

Tip: Jangan kerap kacau nasi kerana beras basmathi mudah hancur sebaliknya gunalah garfu untuk mengacau nasi.

gmbr adalah sunbangan google dan resepi dari BH

pis2 kacang pis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...