Friday, June 15, 2012

Tip Kekalkan Hubungan Cinta

"cinta yang datang secara semulajadi adalah cinta yang terbaik"
amacam.. betul tak..hahaha..
sapa pernah bercinta..
kitekan sebelum berkawan dengan hubby..
adalah kite bercinta sebanyak 3 kali..
alah kenal gitu2 jer..
apa orang cakap..
cinta monyet..
monyet la sangat... porah..

nak tahu tak?
kite kenal hubby melalui chatting.
eleh macamlah org nak tahu..
x pe nak bagitahu gak..hahaha..
ramai yang kata bercinta kat alam maya x kekal lama
erm.. bagi kite.. dah namanya jodoh..
lari jauh2 pun kalau dia jodoh kite..
dgn dia gak kite kawen..

anyway.. kite kawan dgn hubby dekat empat tahun..
kenal tahun 2001... nikah 2005..
hahaha.. lame gak kan?
korang macamana lak..
cher cite camner kenal abang sayang korang..
mesti lagi romantik.. aww..

ok. kite nak bagi tip2 kekalkan hubungan cinta..
kite dapat pun dari paper..
nak share tip2 ni dengan korang semua..
berguna atau tidak..
jom sama2 kite baca..
comelnyer..

Tip 1: Tiga Kata Ajaib
mungkin ini adala kata2 yang boleh diucapkan selama2nya. sebaiknya, anda tidak perlu menanti sidia mengucapkan perkataan 'i love u'. ini kerana, anda sendiri sudah mendengar luahan cintanya melalui sikap dan tingkahlakunya.

Tip 2: Hayati Hubungan Anda
walaupun si dia sudah lama berada dalam genggaman tangan, anda masih perlu menghayati hubungan cinta ini sehinggalah anda dan pasangan benar2 serasi dan selamat.

Tip 3: Teruskan Kehidupan Normal
jika sebelum begitu aktif melakukan aktiviti luar misalnya bersukan, maka teruskan aktiviti riadah itu. perlu diingatkan, anda tidak perlu megubah gaya hidup normal semata2 kerana cinta si dia. pastikan anda perlu berbincang mengenai rutin anda dengan si dia.

Tip 4: Jangan Terlalu Romantis
romantis adalah satu perkara yang indah dalam perhubungan. ia adalah ramuan yang penting untuk mengekalkan perhubungan. jadi, tidak perlu dilakukan sepanjang.

Tip 5: Komunikasi Secara Terbuka
komunikasi adalah penting dalam membina kebahagiaan dalam hubungan intim. apabila cinta berdua sudah memasuki tahap bubungan yang stabil, ia bererti sudah tiba masanya untuk anda berkomunikasi secara dua hala tentang hal peribadi masing2.
bangkitkan situasi luar biasa agar si dia mengenali diri anda secara luaran agar si dia mengenali diri anda luaran dan dalaman. begitu juga anda, cuba fahami keinginan dan peribadi pasangan.

Tip 6: Jangan Kelam Kabut
jika naluri si dia bersikap ramah mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling, anda tidak perlu kelam kabut panik dan bersifat kebudak2kan. ingat, hati si dia tetap milik anda.

Tip 7: Peka Perkara Sensitif
pertimbangkan dahulu masalah jika anda ingin menyelesaikan perkara2 yang sensitif.
ingat situasi semasa, keadaan sekeliling dan kenali hatinya. anda pasti tidak ingin membuatkan si dia berasa malu terutama di depan orang tuanya.

Tip 8: Biarkan Hubungan Melewati Dugaan dan Cabaran
perkara ini akan membuatkan hubungan anda tidak membosankan. pelbagai cabaran hidup juga boleh dijadikan kayu pengukur untuk menguji hubungan anda. perhatikan sikap si dia ketika berhadapan dengan masalah.
penting, cuba kawal tekanan perasaan agar diri tetap tenang walau apa perkara sekalipun.

Phew!! penat menaip..
camner.. leh tak ?
Jom kite sama2 cuba try buat nak?
moga2 kehidupan rumahtangga kekal abadi..
pis2 kacang pis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...