tetibe ujung minggu terajin lak nak bagi resepi..
ada ker yang dah buat resepi kite bagi minggu lepas..
so minggu ni kite nak bagi resepi ikan bakar..
seperti biasa kite dapat resepi dari suratkabar..
Bahan A
2 ekor ikan talapia segar
Bahan B (dikisar)
10 biji bawang kecik
4 ulas bawang putih
1 inci halia
8 biji cili padi
2 batang serai
1 ikat daun ketumbar
6 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
5 biji buah keras
Bahan C (pes)
250ml minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar stok pati ayam
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecik minyak bijan
gula dan garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak dan biarkan sehingga hampir pekat.
2. masukkan tepung jagung, stok pati ayam, sos tiram, minyak bijan dan kacau sehingga sebati.
3. masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. ratakan pes yang telah masak tadi di atas pembalut foil mengikut saiz ikan.
5. setelah siap ambil ikan dan letakkan diatasnya kemudian lumur pes di bahagian atas ikan tadi.
6. balutkan keseluruhan ikan dan lipat foil tadi kemas - kemas dan bakar di atas kuali dengan api sederhana panas.
7. panggang ikan tadi sehingga masak.
gmbr dari google. |
p/s: walaupun bagi resepi ikan talapia bakar.. tp hari ni kite masak ikan keli goreng cili api.. erm..dap..
pis2 kacang pis
No comments:
Post a Comment