Thursday, July 12, 2012

Sarapan Kurangkan Berat Badan?

korang makan tak sarapan...
bagi kite sarapan adalah wajib..
kadang2 terskip gak..
kalau bizi sgt la pg tu..
tak pun terlupa.. tetiba karang rase pedih jer perut..
oh! terlupa sarapan rupanya.. tggulah makan tghari terus..
roti jala

mihun goreng

karipap pusing

nasi lemak ikan masin. nyum2

#gmbr credited to che mat gebu ngan google. pssst! resepi best2 kat blog che mat gebu tu tau..

gambar2 kat atas ni adalah sarapan yang selalu kite makan waktu pagi..
kat cafe opis kite ni.. makanan oklah..
nak kata sedap pun tak.. nak kata x sedap pun tak.. so so je..
kat opis korang camener?

korang tahu tak yang sarapan tu sebenarnya penting untuk mengurangkan berat badan..
sarapan penting lebih2 lagi untuk korang yang rase masih remaja gitew..
kite dapat tip2 ni dari suratkabar...
jom baca.. kot2 korang tetiba nak ikut ker..

1. sediakan semangkuk salad sebelum masuk tidur. esoknya, boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak
#kalau kite, x dapek ler salad2 ni di pagi hari. kite biasa makan mihun goreng. x pun kuih2 jer.

2. muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah2an. bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dua minggu.
#haa... yang ni ok. kite memang suka bakar muffin. sedap jer bau dia dikala tgh bakar tu kan..

3. semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan yang sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberri.
#wah! yang ni pun sedap gak. memang mudah. tuang bijirin ngan susu. makan. tapi nak bertambah buah bagai dah macam duk hotel jer.. tapi kalau nak cuba ok gak kan..

4. roti bakar menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.
#oh! yang ni kite suka. nyum2

5. jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu tengah hari.
#sandwich sedap jugak.. tapi nak buat kekadang x sempatlah. epal tu pun ok gak

6. telur dadar bercampur sayur2an segar seperti lobak merah, brokoli, daun saleri atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.
#x pernah lak try masak telur campur bendaalah ni. erm... kena try ni.

ok kite dah bagi tip2 nikan.. kalau korang rase nak buat jom..
kite memang nak rasa nak mengecilkan sikit saiz2 yang dah terlebih ni..
so lepas ni jom makan yang cenggini jer..
mudah2an nak kurutermakbol.. amin.
nampak sedap lak muffin beri2 ni.. gulp! telan air liur kite


pis2 kacang pis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...