Monday, May 28, 2012

Guide to A Better Life

Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007.
Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.


Dalam surat beliau kepada isterinya , beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka.
Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan.

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

Memperbaiki diri dari segi personaliti.
1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain.   Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.

2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini

3. Jangan berlebihan, tetapkan had

4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius

5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’

6. Bermimpilah ketika anda berjaga

7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang

9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa

10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
 
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat


13. Lebihkan senyum dan ketawa

14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...